Thursday, September 22, 2011

singa peliharaan


raja rimba
atau lebih dikenali sebagai
singa
atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil
lion

dapatkah manusia menjadikannya sebagai 
haiwan peliharaan
???
jawapannya :
semestinyalah YA !!
cuma kalau nak pelihara haiwan pemangsa seperti ini
memang wajiblah ada lesen kan :)

_____________________________________________________________

Yin ada angan-angan nak pelihara singa kat rumah 
mesti best , boleh buat bantal peluk masa tidur nanti
lagipun memang syok laa peluk singa 
sebab badan dia lebih besar dari ABBU(kucing Yin)


comelkan anak singa tu

kalau dibela masa dia kecil mesti dia kenal tuannya
so, tak lah membaham orang yang dah berjasa kat dia bila dah besar nanti :)

tapi
rasa macam pilu laa kalau anak singa tu dah besar nanti
mestilah kena lepaskan dia
bagi dia hidup bebas macam haiwan lain
rasa macam tak sampai hati pulak nak suruh dia duduk kat hutan sorang-sorang
:(

*sebenarnya Yin tak sangka Yin minat dengan haiwan :)
diorang ni buat Yin tertarik laaa
rasa macam nak buka Zoo sendiri pulak
(macam game yang dekat facebook tu)
huhu..angan-angan terlampau :)


ada rezeki lebih nanti 
Yin nak pelihara seekor eh dua ekor kat rumah
kalau ada dua ekor nanti 
diorang boleh gurau sama-sama
tak lah mati kemurungan :)

_________________________________________________________

bila cerita pasal singa ni
Yin teringat masa
Yin kat sekolah rendah dulu
masa tu ada hari keusahawanan
tetiba pulak sekolah ada buat zoo mini
dalam zoo tu ada banyak binatang,
antaranya
ular sawa, tupai, iguana
dan banyak lagi lah
tapi yang paling Yin minat
cuma 2 ekor anak singa jek

banyak kali Yin keluar masuk zoo mini tu
Yin tak kisah duit belanja sekolah Yin habis sebab nak tengok Singa tu
asalkan hati Yin puas dapat tengok singa depan mata
siap dapat pegang badan dia lagi (jakun sikit..)
hisssshhh.. walaupun singa tu masih belum meningkat remaja
tapi bila disentuh rasa sedap sangat :)
(boleh rasa-rasa pulak)
maksud Yin singa tu sangat best sekiranya dapat dipeluk :)
hehe

dah lepas tu
Pak cik Yin ada bawak Yin pergi melawat zoo negeri Johor
binatang kat situ memang cute-cute
tapi masih tak boleh lagi nak kalahkan zoo negara :) 

semasa Yin jalan-jalan tetiba Yin ternampak ada 2ekor singa
dah besar jugak laa
laaa.... rupanya tu lah singa yang Yin tengok masa kat sekolah :)
waahhh.. dapat bersua muka lagi
Yin pun merasa laa pegang singa tu lagi

huhhhh
harap-harap satu hari nanti Yin dapat jugak bela haiwan pemangsa
iaitu singa di rumah :)
hehe

p/s : lepas ni dah boleh buat kandang singa kat rumah :)
hehe.. gempak laa :p